Selamat Bertemu

Selamat Datang ke Laman Blog Kesatuan Pembantu Pertanian Semenanjung Malaysia

AHLI JAWATANKUASA PUSAT KPPSM 2012-2014


**************************************************************************************************************************************************************************

AHLI JAWATANKUASA PUSAT KESATUAN PEMBANTU PERTANIAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KPPSM) 2012-2014

Presiden : En. Nazian bin Hj Yusof
Naib Presiden : En. Jamaludin bin Mat Rejab
Setiausaha : En. Md Noor bin Mamat
Pen.Setiausaha : Pn. Nurhaizad binti Abd Manap
Bendahari : En. Khairul Anwar bin Hj. Abdul Karim
Ahli Jawatankuasa : En. Rosli bin Mat Saman (Pengerusi Cawangan Perlis)
Tn.Hj. Rosli b. Yahya (Pengerusi Cawangan Kedah)
En.Md Radzi bin Ali(Pengerusi Cawangan Pulau Pinang)
Tn.Hj. Hashim bin Md Zaini(Pengerusi Cawangan Perak)
En.Idris binAb Samad(Pengerusi Cawangan Selangor)
En. Hasnur bin Haroon (Pengerusi Cawangan Negeri Sembilan)
En.Ahmad Rafie bin Mat Hassan (Pengerusi Cawangan Melaka)
Tn. Hj Sahlan bin Mohamed (Pengerusi Cawangan Johor)
En.Mohd Rasli bin Chik(Pengerusi Cawangan Pahang)
En. Yahya bin Mat Zain (Pengerusi Cawangan Terengganu)
En. Muhamad bin Hamat (Pengerusi Cawangan Kelantan)
En. Abdullah Sani bin Salleh (Pengerusi Cawangan Perkhidmatan Persekutuan)


***********************************************************************************************************************************************************************************

UCAPAN PRESIDEN KPPSM

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah kita dapat bertemu di laman sesawang ini dengan harapan semua akan memperolehi kebaikan dengan adanya laman interaktif ini.

Sekian terima kasih.


NAZIAN BIN HAJI YUSOFF
PRESIDEN
KESATUAN PEMBANTU PERTANIAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KPPSM)
SESSI 2012-2014

Wednesday, 26 June 2013

Berita Harian
24//6/2013
 
 

Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini. 
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.
“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.


“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid. 

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.
Bernama
21/6/2013 

MELAKA, 20 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gred kira-kira 20,000 pembantu makmal C17 selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu wajar berikutan beberapa jawatan yang sama gred dengan pembantu makmal, termasuk juruteknik dan pembantu pertanian, telah dinaikkan.

Beliau berkata pembantu makmal di peringkat sekolah dan universiti memainkan peranan penting, terutama melibatkan perkembangan sains dan teknologi di negara ini.

"Kita telah perjuangkan untuk gred pembantu makmal ini dinaikkan ke tahap yang lebih baik sejak lima tahun lepas, dan sudah sampai masanya kerajaan mempercepatkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Transformasi Kakitangan Awam Ke arah Budaya Kerja Cemerlang yang dihadiri 270 pembantu makmal Negeri Melaka di Melaka, Khamisi

Omar berkata pembantu makmal perlu diberi kursus dan latihan dalam dan luar negara bagi mempertingkat kemahiran serta ilmu mereka.

Beliau berkata langkah ini bertujuan mempersiap golongan penjawat awam itu dalam berhadapan pelajar sekolah dan universiti yang celik pelbagai penggunaan teknologi semasa.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata CUEPACS dijangka bermesyuarat pada 24 Jun ini bagi membincangkan isu tuntutan bonus penjawat awam pada tahun ini.

"Tahun lepas, kita berjaya dapat satu setengah bulan bonus untuk penjawat awam dan kita harap kalau tidak dapat lebihpun kali ini, sekurang-kurangnya ia kekal," katanya.
Bernama
23/6/2013


MUAR, 23 Jun (Bernama) -- Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Timbalan Presidennya Azih Muda berkata walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.

"Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di sini Ahad.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

Menurut JPA masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Dis ini.

Mengenai bonus tahun ini, beliau berkata Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan habuan lebih baik daripada satu setengah bulan gaji tahun lalu.

Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada sejuta buah rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang kepada penjawat awam.
Utusan Malaysia
24/6/2013



KUALA LUMPUR 23 Jun - Majikan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberi oleh Kementerian Sumber Manusia dalam pelaksanaan dasar gaji minimum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, kelonggaran tersebut perlu bertempoh supaya nasib pekerja tidak terabai.
"Kebajikan pekerja mesti diberi keutamaan jika majikan mahu memastikan syarikat atau perniagaan mereka lebih maju dan berdaya saing.
"Pihak kerajaan perlu meneliti beberapa aspek seperti kos operasi yang ditanggung oleh majikan dalam menilai pihak yang layak diberi kelonggaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar melaporkan majikan yang mempunyai masalah dalam melaksana dasar gaji minimum akan diberi kelonggaran sekiranya dapat memberikan alasan munasabah kepada Kementerian Sumber Manusia.
Menterinya, Datuk Richard Riot berkata, input daripada majikan itu akan dibincangkan wakil kementerian, kesatuan sekerja serta majikan dan hasilnya akan menentukan sama ada majikan berkenaan boleh melanjutkan tempoh permulaan pelaksanaan gaji minimum atau sebaliknya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor pula berpendapat kelonggaran tersebut adalah tidak wajar berikutan dasar gaji minimum memainkan peranan penting meningkatkan kebajikan pekerja berpendapatan rendah.

"Selaras dengan matlamat utama kerajaan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, pihak kami percaya dasar gaji minimum boleh memberikan manfaat kepada negara dalam jangka panjang," katanya.

Sunday, 16 June 2013

Pesanan Presiden Cuepacs untuk semua

CUEPACS harap kerajaan selaras elaun COLA

Cetak
Bukit Kayu Hitam: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (COLA) penjawat awam pada tahun ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu adalah isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat. 
“Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun COLA, bagi mereka yang tinggal di kuarters,” katanya pada persidangan perwakilan CUEPACS Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, semalam. 


Sementara itu, Omar berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 membabitkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai ini dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat. 

Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa. 

“Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Omar berkata CUEPACS juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak meminjam daripada ‘Ah long’.

Tuesday, 7 May 2013

Layari laman web ini untuk mengetahui gaji minimum dan gaji maksimum bagi gred jawatan masing-masing berdasarkan pekeliling  perkhidmatan bilangan 2 tahun 2013 http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013a.pdf
KUALA LUMPUR - Semua pegawai kerajaan diminta tidak mempercayai pesanan ringkas (SMS) berhubung arahan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang meminta mereka tidak bekerja lebih masa.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pesanan ringkas itu yang turut mengandungi arahan tidak membenarkan orang sebarangan berada di kawasan pejabat kerajaan, juga adalah tidak benar.

"Saya meminta semua pegawai kerajaan dan orang awam supaya tidak mempercayai khabar angin itu atau dakwaan-dakwaan lain yang tidak berasas dan adalah tidak benar mengenai urusan pentadbiran kerajaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi SMS, Facebook, Twitter, blog atau medium sosial lain," katanya dalam kenyataan di sini petang semalam.

Ali berkata pekeliling pentadbiran keselamatan biasanya dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di semua 14 negeri sebagai peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan keselamatan bangunan, aset kerajaan termasuk menjamin keselamatan pegawai ketika bertugas.

Dalam pada itu, penyebaran pesanan ringkas yang mendakwa pentadbiran kerajaan di Putrajaya mengeluarkan arahan berkenaan berkuatkuasa semalam itu kini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).SKMM dalam kenyataannya berkata beberapa aduan berhubung penyebaran SMS palsu itu telah diterima dan meminta pihak yang menaja aktiviti itu supaya segera menghentikan perbuatan tersebut atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Menurut SKMM, mereka yang didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan, kesimpulan atau memanjangkan mesej mengenai isu berkenaan. - Bernama